Hilang.

🚩 PH Bakal Kehilangan 63 daripada 125 Kerusi Parlimen dan MN + PN Bakal Memenangi 160 Kerusi Parlimen (79+18+63=160)

Oleh Dr Muslim

  1. Hanya 5% orang Melayu yang sokong PKR, PAN. 95% lagi sokong UMNO, PAS, dan PPBM. Kenapa cari susah pilih yang 5%. Pilihlah yang 95%.
    https://www.sinarharian.com.my/article/57756/Pilihan-Raya/PRK-Tanjung-Piai/PH-raih-lima-peratus-undi-Melayu
  2. PKR bakal hilang 30 dari 48 kerusi parlimen termasuk 22 kawasan majoriti Melayu apabila sentimen tolak PH seperti dalam 7 PRK yang dimenangi BN kekal ke PRU 15.
  3. PAN juga bakal hilang 9 daripada 11 kerusi parlimen sekiranya sentimen yang sama kekal ke PRU 15. (Lihat kajian saya keatas PAN yang lalu)
  4. Tun M orang kuat UMNO selama 22 tahun yang bakal hilang kerusinya pun ditolak oleh orang Melayu apabila dia bersekutu dengan DAP menentang balik orang Melayu. Kalaulah orang sehebat Tun M dan Anwar pun orang Melayu tolak apabila bersekongkol dengan DAP, apatah lagi orang besar lain.
    Sama jugalah Ronaldo pun ditolak oleh penyokong Manchester United setelah berpindah ke kelab Real Madrid.
  5. Buat hendak mengejar PKR yang bermasalah, nanti yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran, ayam terlepas, tangan bau tahi.
  6. PAS mengajak UMNO, PPBM kepada penyatuan untuk menang PRU bukan untuk menang perlawanan sesama sendiri. Apa guna menang sesama sendiri tetapi negara terlepas kepada DAP pada PRU 15 nanti. We fight to win the war not to win the battle.
  7. PH memenangi 125 kerusi Parlimen:
    31 kerusi = majoriti kurang daripada majoriti PAS+UMNO,
    20 kerusi = majoriti melebihi 0.1 ke 5% daripada majoriti PAS+UMNO,
    12 kerusi = majoriti melebihi 5.1 ke 10% daripada majoriti PAS+UMNO,
    10 kerusi = majoriti melebihi 10.1 ke 15% daripada majoriti PAS+UMNO,
    10 kerusi = majoriti melebihi 15.1 ke 20% daripada majoriti PAS+UMNO,
    42 kerusi = majoriti melebihi 20.1 ke 75% daripada majoriti PAS+UMNO.

PRK Semenyih:
Peningkatan majoriti MN = 3.75%+3.59% = 7.34% (tinggi daripada majoriti Nurul Izzah)
PRK Tanjung Piai:
Peningkatan majoriti MN+BN = 28.2%-4.55% = 23.67% (tinggi daripada majoriti Khalid Samad)
PRK Slim:
Peningkatan majoriti MN BN PN = 46.82%-26.89% = 19.93% (tinggi daripada majoriti Tun Mahathir)

Majoriti tertinggi PH dalam 63 kerusi ialah 10%. Majoriti BN pada PRK Tj. Piai dan PRK Slim ialah 23.67%
dan 19.93%. Angka ini mampu mengatasi majoriti 63 kerusi PH. Jadinya MN, BN, PPBM mampu menang
79 BN + 18 PAS + 63 = 160 kerusi

Dr Muslim
Kuantan
22 November 2020

MampuCentre

Advertisement

Sejarah.

Sejarah Perit dan Getir ketika Zaman Menjadi Pembangkang, Ketika Mana pada ketika Itu Kerajaan Pakatan Harapan terdiri dari (DAP, PKR, Amanah & Bersatu) cuba meratifikasi ICERD.

Disinilah antara permulaan Rakyat Menolak Pakatan Harapan. Sejarah Tidak pernah berbohong, Jom Baca 👇👇👇

HIMPUNAN 812 RAKYAT TOLAK ICERD: BERMULANYA GERAKAN PENYATUAN UMMAH UMNO-PAS

Hari ini 8 Disember dua tahun lalu, berhimpunnya 1 juta ummah di Dataran Merdeka sehingga ke Masjid Jamek bagi menzahirkan solidariti rakyat menolak ICERD.

  • Menghimbau sedikit sejarah, ia bermula apabila Menteri Luar pada waktu itu Datuk Saifuddin Abdullah (kini Menteri Komunikasi) menyatakan dengan tegas pada bulan Ogos 2018 komitmen kerajaan PH untuk mengotakan janji Manifesto mereka bagi meratifikasi beberapa konvensyen antarabangsa termasuk ICERD yang merupakan instrumen hak asasi manusia di bawah PBB.
  • Kemudian pada 28 September 2018, PM ke-7 Tun Dr Mahathir dalam ucapan di Persidangan Agung PBB ke-73 sekali lagi menyatakan komitmen Malaysia untuk meratifikasi ICERD menjelang tahun 2019 sebagaimana janji Manifesto PH.
  • Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berganding bahu buat kali pertama dengan Dewan Pemuda PAS Pusat yang diketuai sahabat saya YB Ustaz Muhammad Khalil Haji Hadi menggerakkan Himpunan Pertama Membantah ICERD di Sogo Kuala Lumpur pada 4 November 2018 dengan menghimpunkan lebih 5,000 orang dan berjanji untuk gerak ke seluruh negara secara bersama untuk menganjurkan demonstrasi cetus kesedaran rakyat mengenai bahaya ICERD.
  • Sepanjang November Pemuda UMNO dan Pemuda PAS dengan kerjasama NGO menjelajah ke setiap negeri mengadakan siri-siri demonstrasi dan himpunan menyedarkan rakyat bagi membantah ICERD.
  • Kemuncaknya pada 8 Disember 2018, UMNO, PAS dan pelbagai NGO Massa khususnya UMMAH menganjurkan Himpunan Rakyat Menolak ICERD yang menghimpunkan hampir 1 juta umat di sepanjang Masjid Jamek, Jalan Tar hingga ke Dataran Merdeka KL.

Moga-moga himpunan yang “penuh bersejarah ini sentiasa terpahat dalam sabubari” bagaimana manisnya permulaan permuafakatan jitu antara dua parti terbesar umat Islam di Malaysia UMNO dan PAS sehingga termeterainya Piagam Muafakat Nasional setahun kemudian.

Apakah ANDA sebahagian daripada sejarah ini?